Sistem e-Operasi Modul Pengurusan Guru

Sistem e-Operasi Modul Pengurusan Guru merupakan antara modul pengurusan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sistem e-Operasi Modul Pengurusan Guru


Terdapat 3 modul pengurusan KPM seperti:
  1. Modul Pengurusan Sekolah (EMIS)
  2. Modul Pengurusan Guru (e-Operasi)
  3. Modul Pengurusan Murid (APDM) 



Untuk Login masuk ke dalam sistem E-Operasi sila klik di pautan bawah:

Buat pengetahuan anda, ketiga-tiga modul tersebut di bawah Sistem Pengurusan Sekolah yang dapat di log in menerusi Single-Sign-On Kementerian Pendidikan Malaysia atau dalam kata erti lain, SSO KPM.

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM yang membangunkan modul e-Operasi ini yang juga merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

Selain itu, modul ini diseliakan oleh Bahagian Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini juga melibatkan pengurusan data berkaitan dengan guru dan bukan guru. Ia juga melibatkan beberapa kategori pengguna seperti pentadbir sistem (pengurusan KPM pada peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah) serta pengguna (guru dan bukan guru).

Sasaran Pengguna e-Operasi


Sistem e-Operasi menyasarkan pengguna utama modul ini iaitu pengguna (guru dan bukan guru) serta pernatdbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah).

Perincian mengenai maklumat di atas adalah seperti di bawah:

1. Pengguna

Pengguna-pengguna yang sudah DIDAFTARKAN oleh Pentadbir Sistem sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini.

2. Pentadbir Sistem

Pentadbir sistem yang sudah DILANTIK oleh pihak KPM sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang ditetapkan.

Interface e Operasi


Manual Penggunaan e Operasi

Manual penggunaan e-Operasi yang disediakan ini sebenarnya amat mudah sekali dan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Interface, pendaftaran e-Operasi, Log Masuk, Lupa Kata Laluan dan Tukar Kata Laluan.

Kepada yang mempunyai sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan dengan sistem aplikasi e-Operasi, anda boleh email kepada Pentadbir Sistem.

Kami berharap agar pembaca dapat memanfaatkan artikel ringkas ini bagi memudahkan anda untuk menggunakan sistem e-operasi dengan jayanya.

Sila share artikel ini supaya memudahkan lagi urusan masyarakat di luar sana dan bookmark (save) sekali artikel di atas untuk kegunaan pada masa akan datang.

0 comment... add one now