Apa Itu E-Operasi

Apa itu EOperasi ye? Eoperasi adalah salah satu modul bagi SPS iaitu Sistem Pengurusan Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.

Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM. 

Dan ianya melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan juga bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pengguna (guru dan bukan guru) dan pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah).

Kategori Pengguna 


Antara pengguna utama modul yang dibuat oleh kerajaan ini ialah pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru). Penerangannya adalah seperti berikut:

1. Pengguna 

Mereka yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini adalah pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja.

2. Pentadbir Sistem 

Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut syarat yang telah ditetapkan. 

URL dan Pelayar (Browser) 


URL bagi e-Operasi ialah https://eoperasi.moe.gov.my Paparan terbaik menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) 7 ke atas, Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas, atau Chrome dengan paparan 1024 x 768. 

Penyataan Penafian 


PENAFIAN: Pengguna-pengguna aplikasi eoperasi ini diwajibkan untuk merahsiakan pengenalan identiti dan kata laluan pengguna masing-masing. Peringatana kepada setiap pengguna bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah akibat kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna sendiri dan pencerobohan pengenalan identiti pengguna.
Apa Itu E-Operasi

0 comment... add one now