SSO KPM

SSO KPM 2017. SSO atau dipanggil sebagai Single-Sign-On telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi tujuan memudahkan guru-guru.

SSO KPM

Seperti yang sedia maklum, pihak KPM telah memperkenalkan banyak sistem baru dalam sistem pendidikan negara kita terutamanya yang melibatkan sistem online. Perkara ini adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dan memastikan sistem pendidikan di negara kita mempunyai satu sistem yang tersusun dan mudah.

Namun begitu terdapat banyak halangan yang terpaksa dilalui oleh guru-guru dalam sistem-sistem online ini. Salah satu masalahnya ialah terlalu banyak ID, dan PASSWORD (kata laluan) yang perlu diingat oleh guru-guru disebabkan kerana terlalu banyak sistem online.

Maka lahirlah satu sistem baru yang dipanggil SSO untuk memudahkan lagi para guru.


Apakah itu Single sign-on (SSO)?


SSO ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan mamun tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem. 

Login SSO (Sila Klik Di Bawah Untuk Login)


Pengguna boleh mendaftar masuk secara online melalui eOperasi, APDM dan eMis. SSO boleh digunakan di browser Google Chrome,Internet Explorer versi 10 serta Mozilla Firefoxdan dengan resolusi skrin 1024 x 768 pixels. Pastikan anda Log Keluar dari modul-modul setelah masuk ke modul-modul tersebut bagi mengelakkan kecurian id dan maklumat-maklumat pengguna.

Login Di Sini >>Klik Sini<<

Kita haruslah berterima kasih kepada kerajaan kerana kerajaan telah banyak melaksanakan sistem-sistem yang bermanfaat dan lebih mudah kepada guru-guru. Terima kasih kepada guru-guru yang telah banyak berjasa kepada negara. Mereka telah bertungkus lumus dalam memastikan murid-murid di Malaysia mendapat ilmu yang bermanfaat. 

0 comment... add one now