eDaftar Sekolah Menengah

EDaftar Sekolah Menengah ok? Untuk sistem eDaftar bagi sekolah menengah anda boleh rujuk laman web ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai sistem ini.





eDaftar Sekolah Menengah merupakan satu sistem aplikasi yang menggunakan APDM bagi murid-murid Tahun 6 untuk daftar masuk ke dalam sekolah menengah Tingkatan 1 dan kelas peralihan. Guru yang bertanggungjawab bagi menguruskan pendaftaran murid ini ialah guru Tahun 6 untuk membolehkan mereka naik ke Tingkatan 1.

Oleh sebab itu, guru-guru kelas seharusnya bersikap cakna dan mengetahui cara yang betul dan tepat dalam melakukan eDaftar Sekolah Menengah ini supaya tidak melakukan sebarang kesilapan.

Sementara itu, PK HEM amat memainkan peranan yang penting dalam proses pendaftaran tersebut. Untuk memastikan tiada ralat yang berlaku, semua maklumat hendaklah dikemaskini dengan teliti. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang APDM, sila klik pada pautan berikut:

---->APDM

KEMASKINI DATA MURID SEBELUM eDAFTAR


Sebelum melakukan proses pendaftaran, perkara paling penting yang perlu dilaksanakan ialah kemaskini data murid menggunakan edaftar.

Sila ikuti langkah berikut untuk proses kemaskini data murid anda:

1. DATA MURID


  • Nombor Kad Pengenalan 
  • Nombor Angka Gilirann 
  • Nama (Mengikut Kad Pengenalan)
  • Alamat
  • Nombor telefon 
  • Status Kewarganegaraan (Semak Dokumen Asal) 
  • Anak ke berapa
  • Jarak ke sekolah
  • Murid tinggal dengan 








2. DATA PENJAGA UTAMA

3. DATA PENJAGA KEDUA

4. DATA KOKURIKULUM






5. DATA KAD 001




TETAPAN eDAFTAR MENENGAH


1. Sebarang permohonan untuk penempatan murid Tahun 6 ke Tingkatan 1 atau Peralihan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) boleh dilakukan menerusi eDaftar Menengah, melalui Modul Pengurusan Murid pada pautan ini ----> https://apdm.moe.gov.my.

2. Untuk memastikan "Feeder School" yang telah ditetapkan oleh PPD merupakan sekolah yang betul, Penolong Kanan HEM (Admin Sekolah) perlu bertanggungjawab dalam menguruskan bahagian ini. Selain itu, Penolong Kanan HEM juga perlu memastikan jumlah kelas dan murid Tahun 6 cukup pada ruangan Analisa Ringkas.









3. Berdasarkan "Feeder School" sekolah masing-masing, guru sekolah rendah perlu melakukan cadangan dan mengisi pilihan penempatan murid Tahun 6 ke peralihan atau Tingkatan 1 dari semasa ke semasa secara atas talian.




4. Bagi nama murid bukan warganegara pula, secara automatiknya akan adanya garisan merah pada nama mereka.




5. Kepada murid yang bukan warganegara dan permastautin tetap (PR) tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang permohonan untuk penempatan Tingkatan 1 melalui eDAFTAR MENENGAH. Anda perlu merujuk PPD masing-masing.




BAHAGIAN B eDAFTAR (Diisi oleh guru kelas)





1. Guru kelas hendaklah masuk ke dalam sistem aplikasi menggunakan akaun mereka yang sedia ada bagi memulakan permohonan ke Tingkatan 1 pada pautan ini ---> https://apdm.moe.gov.my. selepas PK HEM siap membuat pengesahan mengenai feeder school.









2. Langkah seterusnya ialah, guru perlu klik pada butang kemaskini Permohonan dan memastikan senarai murid mereka mencukupi. Diiingatkan bahawa murid bukan warga tidak boleh membuat permohonan menerusi sistem aplikasi ini untuk memohon ke Tingkatan 1.











3. Seterusnya, bagi memudahkan lagi kerja PPD untuk membuat penempatan, guru kelas akan melakukan pilihan sekolah, berikan sebab pilihan ke sekolah tersebut dan berikan jarak dari rumah ke sekolah.


4. Sekiranya murid membuat pilihan untuk memohon di luar feeder, sila klik pada Luar Feeder bagi mengeluarkan senarai sekolah-sekolah lain yang berada di luar feeder.




5. Berikut merupakan cara untuk menambah maklumat bagi SJKC dan SJKT dalam bahagian pengisian markah pemahaman dan penulisan untuk peralihan.





6. Untuk bahagian maklumat kokurikulum pula, ruangan ini akan terisi sendiri apabila guru kelas membuat kemaskini menu Kokurikulum di Data Murid. Setelah itu, klik pada butang kemaskini bagi menghantar permohonan ini.





7. Anda akan melihat paparan seperti di bawah ini setelah selesai membuat kemaskini. Kesemua murid yang sudah membuat permohonan akan dipaparkan sekolah pilihannya. Seterusnya, anda boleh membuat proses seterusnya untuk murid-murid yang lain pula.


Pengesahan Data dan Cetakan Surat Penempatan



Untuk pengetahuan anda, setelah semua guru selesai melakukan permohonan penempatan, PK HEM akan membuat semakan pada ruangan Analisa Ringkas. Jika pengesahan gagal dibuat pada tarikh yang sudah ditetapkan, tindakan Surat Tunjuk Sebab akan dikenakan. Selepas PPD membuat kelulusan penempatan, sekolah rendah boleh melakukan cetakan surat penempatan untuk semua murid Tahun 6.








Pihak sekolah juga boleh mencetak senarai sepadu untuk simpanan sekolah.






Kami berharap agar semua informasi di atas yang berkaitan dengan eDaftar Sekolah Menengah ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban guru kelas dalam melakukannya.


Jika mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan eDaftar Sekolah Menengah, anda boleh menghubungi pihak PPD di daerah masing-masing.


Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca segala informasi yang disediakan di atas ini. 

0 comment... add one now