Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) okay? Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin merupakan satu inisiatif kerajaan dalam memberikan bantuan kepada murid miskin.






Tahukah anda maksud KWAPM?

KWAPM itu membawa maksud Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin di mana bantuan dana wang dikhususkan untuk golongan pelajar-pelajar miskin untuk membantu meringankan lagi beban pelajaran mereka.

Sistem ini sebenarnya diperkenalkan oleh KPM adalah untuk memudahkan lagi segala aktiviti di sekolah bagi pihak guru atau pelajar.

Selain itu, terdapat juga sistem lain seperti SAPS dan APDM.


Pengenalan KWAPM


Sejak tahun 2003 lagi, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin sudah pun diperkenalkan di bawah nama Tabung "Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin".


Bagi mengelakkan murid miskin di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan tercicir daripada pencapaian akademik, tabung ini telah pun mendapat peruntukan daripada pihak kerajaan dan sumbangan daripada pihak luar.

Kadar Bantuan KWAPM

Jenis Data / Status Kemiskinan:


1. Data Sedia Ada (DSA - Permohonan Sekolah)
2. eKASIH (Miskin dan Miskin Tegar)
3. Data Murid Orang Asli (DMOA) (Miskin dan Miskin Tegar)


Bantuan Am Persekolahan (BAP):



1. Sekolah Rendah : RM100 setahun
2. Sekolah Menengah : RM150 setahun


*Bantuan Am Persekolahan melibatkan pemberian peralatan sekolah, pakaian seragam sekolah dan keperluan persekolahan pelajar yang lain.


Kelayakan Mendapat Bantuan


1. Pelajar warganegara Malaysia dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 1.

2. Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH ? eDAMAK dan telah disahkan MISKIN atau MISKIN TEGAR.

3. Pendapatan Keluarga di bawah PGK Nasional.

4. Pelajar tidak menerima bantuan kewangan daripada mana mana pihak yang lain.

Kepada yang berminat untuk menyumbang dana kepada pelajar yang kurang berkemampuan ini, anda boleh memilih mana-mana cara berikut:


1. MAYBANK NO. AKAUN : 5640 1611 7704*

* Selepas anda selesai dengan urusan anda, tuan / puan diminta untuk fakskan butiran diri dan transaksi (slip bayaran) kepada Unit KWAPM - Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, KPM di talian 03 – 8884 7611 / 7509 untuk cetakan resit rasmi.

2. Mengisi borang memotong gaji bulanan dengan menggunakan Skim Potongan Gaji Bulanan Secara Sukarela.

3. Menggunakan cek berpalang / wang pos / kiriman wang kepada Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Alamat Pengeposan:

Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Kewangan,
Aras 6-7, Blok E12,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
Tel: 03-8000 8000

Di sini kami sediakan panduan permohonan KWAPM untuk anda dalam bentuk PDF.

1. Carta aliran proses permohonan bantuan (permohonan sekolah)

2. Borang permohonan bantuan (permohonan sekolah)

3. Borang kebenaran potongan gaji bulanan untuk sumbangan kepada tabung

4. Brosur Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

5. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2017 – Bantuan KWAPM

6. Manual Pengguna Permohonan KWAPM Melalui APB (Pengguna – Guru KWAPM)

Semoga semua maklumat yang disediakan ini dapat sedikit sebanyak membantu anda dan memudahkan lagi urusan anda.

Terima kasih.

0 comment... add one now