Login SGMy Sistem Guru Malaysia

Login SGMy Sistem Guru Malaysia okay? Untuk login di SGMy iaitu Sistem Guru Malaysia anda boleh rujuk di laman web di sini untuk mengetahui lebih banyak maklumat.

SGMy secara umumnya bermaksud Sistem Guru Malaysia. Bagi yang tidak mengetahui mengenai perkara ini lagi, penjenamaan semula untuk pensijilan guru telah dilakukan iaitu "MENJADI GURU MALAYSIA" agar tahap profesionalisme guru dapat dipertingkatkan setaraf dengan profesion profesional yang lain.

Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam iaitu Anjakan Saujana Pendidik : Dasar Profesionalisme Keguruan selaras dengan tujuan Menjadi Guru Malaysia yang melibatkan peringkat kelayakan, pendaftaran dan pelesenan guru. Dengan kaedah ini, KPM dapat mengenal pasti hanya guru yang terbaik akan terdapat dalam Sistem Pendidikan Negara.





Visi, Misi dan Objektif Sistem Guru Malaysia SGMy


VISI:

Guru Berkualiti, Kekal Berkualiti

MISI:

Memastikan Setiap Individu Dalam Profesion Keguruan Sentiasa Berkualiti Sepanjang Tempoh Perkhidmatan.

OBJEKTIF:


SGMy ingin memastikan guru yang berdaftar dengan KPM akan dianugerahkan Sijil Guru Malaysia yang memiliki nombor unik yang kekal sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai nombor pengenalan diri dalam profesion keguruan. Selain itu, sepanjang tempoh perkhidmatan guru, SGMy ingin memastikan mereka yang berada dalam profesion keguruan sentiasa mempunyai kualiti yang tinggi dan kekal berkualiti. Bukan itu sahaja, SGMy juga ingin menjadikan individu yang berada dalam profesion keguruan ini diiktiraf sebagai golongan yang profesional.

Tekan di sini untuk login ke dalam web portal rasmi --> Disini.

Kepada yang ingin melakukan sebarang pertanyaan tentang Sistem Guru Malaysia ini, berikut merupakan maklumat yang boleh anda hubungi.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Alamat : BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Aras 2, BLOK E13, PARCEL E KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA.

Nombor Telefon (Teknikal) :03-8884 1055/ 03-88841270/ 03-8884 1147

Meja Bantuan : helpdesk.sgmy@moe.gov.my

URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU 

Alamat : Cwgn Sabah, d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Peti Surat 10491, 88805 Kota Kinabalu, Sabah.

Nombor Telefon : 088–236804

URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Alamat : Cawangan Sarawak, Jalan College, 93259 Kuching, Sarawak.

Nombor Telefon : 082 – 258045

Terima Kasih kerana menggunakan laman web eoperasi ini.

0 comment... add one now