Login Sistem HRMIS 2.0 Online

Login Sistem HRMIS 2.0 Online okay? HRMIS merupakan singkatan bagi Human Resource Management Information System di mana sistem ini berada di bawah Aplikasi Perdana Projek Kerajaan Elektronik, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di mana ia terletak di bawah semua agensi sektor awam.

OBJEKTIF HRMIS 2.0


1. Mengemaskini dan membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu bagi tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan

2. Membolehkan adanya perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam menerusi informasi pengurusan sumber manusia

3. Mengautomasikan segala proses berkaitan dengan operasi pengurusan sumber manusia

4. Memudahkan lagi kaedah komunikasi dan integrasi secara horizontal, capaian melalui single window dan penyelarasan proses sumber manusia

5. Mewujudkan ke arah persekitaran paperless

6. Memenuhi keperluan pengurusan dalam pelbagai peringkat agensi dengan menyediakan sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta membuat kemaskini

Bagaimana pula dengan sistem pengurusan sumber manusia secara atas talian ini?

Kami kongsikan kepada anda semua mengenai sistem HRMIS 2.0 ini di bawah.


SISTEM HRMIS 2.0









Tekan link di sini untuk login ke dalam sistem HRMIS 2.0 --> Disini

Sekiranya anda terdiri daripada pegawai dan staf bukan dari Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri, anda perlu menghubungi terus dengan pihak Kementerian / Jabatan / Agensi untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai sistem aplikasi HRMIS ini.









Bagi yang ingin terus log in ke dalam sistem aplikasi HRMIS, anda disarankan untuk menggunakan Internet Explorer 10+, Chrome 39+, Firefox 30 - 39, Safari 5+ dan Chrome for Android.


Ingin dapatkan dokumen dalam bentuk PDF bagi memudahkan lagi cara anda untuk masuk ke dalam sistem ini?

Klik link ini --> PDF

Klik di sini untuk mengetahui panduan ringkas mengenai sistem ini --> Disini

Konsep dan Falsafah HRMIS


1. Sistem HRMIS ini diwujudkan bagi mencapai visi, hala tuju strategik PSM dan amalan-amalan terbaik. Segala proses dan fungsi PSM akan diselaraskan dan dikemaskini oleh model ini kepada 10 fungsi yang utama.

2. PSM tersebut berteraskan eleman kompetensi di mana komponen-komponen tersebut berfungsi sebagai tulang belakang yang menggerakkan semua fungsi PSM.

3. Sesebuah organisasi yang memiliki pegawai yang kompeten perlulah memastikan ianya efektif dan cekap dalam pemyampaian perkhidmatan terhadap pelanggan. Justeru, penilaian kompetensi pihak pengurusan dapat mengenal pasti tahap kompetensi seseorang pegawai berdasarkan jawatan yang disandangnya.

4. Pegawai boleh diambil tindakan sekiranya wujudnya jurang antara kompetensi pegawai dan jawatan disandang agar dapat membaik pulih jurang tersebut.


5. Segala maklumat mengenai tahap kompetensi seseorang pegawai akan dijadikan sebagai input yang penting dalam modul-modul teras yang lain iaitu Modul Perolehan Sumber Manusia, Modul Pembangunan, Modul Pengurusan Prestasi, Modul Pengurusan Kerjaya dan Modul Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran.


Kami berharap agar pembaca dapat memanfaatkan artikel ringkas ini bagi memudahkan anda untuk log in ke dalam sistem aplikasi HRMIS 2.0 dengan jayanya serta mengemaskini maklumat masing-masing.


Sila share artikel ini supaya memudahkan lagi urusan masyarakat di luar sana dan bookmark (save) sekali artikel di atas untuk kegunaan pada masa akan datang. Terima kasih.


0 comment... add one now