NKRA KPM

NKRA KPM okay? NKRA membawa maksud National Key Result Areas atau dalam erti kata lain bermakna Bidang Keberhasilan Utama Negara.

Bagi pengetahuan anda, sistem NKRA telah mula dilancarkan sejak 11 Julai 2009 oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Linus NKRA dan SAPS NKRA pula secara ringkasnya berfungsi sebagai medium pelaksana.


National Key Result Areas (NKRA) secara umunya tertumpu kepada 6 bidang besar iaitu:
1. Mengurangkan jenayah – Menteri Dalam Negeri
2. Memerangi rasuah – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu & termampu – Menteri Pelajaran Malaysia
4. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah – Menteri Pembangunan Wanita
5. Keluarga dan Masyarakat
6. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
7. Menambah baik pengangkutan awam bandar – Menteri Pengangkutan

Pihak kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA bagi meluaskan lagi akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.






Tekan di sini untuk log in ke dalam NKRA --> Disini










National Key Result Areas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)



Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa sub National Key Result Areas (NKRA) terbahagi kepada 4 iaitu:

1. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah

Rakyat di dalam negara kita akan diberi pengiktirafan serta diberi ruang oleh pihak kerajaan tanpa mengira bangsa dan sosioekonomi kerana ilmu merupakan medium bagi menyuluh hidup rakyat dan dapat mengubah hidup nasib individu itu tersendiri.

Dengan adanya ilmu, seseorang itu dapat mengubah nasibnya daripada keadaan hidup yang susah kepada keadaan hidup yang jauh lebih bagus.

Perdana Menteri menginginkan semua rakyat Malaysia memperoleh pendidikan yang sememangnya berkualiti yang tinggi.

Oleh sebab itulah, insan-insan berjiwa muda di negara kita harus memiliki dalam diri mereka sifat yang kreatif, inovatif, penuh dengan moral atau nilai-nilai murni yang tinggi serta mampu bersaing dengan orang luar.

2. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS)

Pihak kerajaan mengambil berat terhadap rakyat supaya mempunyai ilmu pengetahuan dan ingin menyediakan pendidikan yang terbaik untuk mereka. Kerajaan tidak dapat menafikan bahawa dari prasekolah lagi bermulanya pendidikan yang terbaik.

Selain itu, kanak-kanak normal yang telah bersekolah haruslah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira semasa ingin melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum menjelangnya penghujung 2012, menurut Perdana Menteri.

Fakta menunjukkan bahawa sebanyak 60% sahaja golongan anak-anak Malaysia yang dapat mengakses pendidikan tahap pra sekolah. Oleh sebab itu, KPI menjelang 2012 amat mengharapkan pencapaian tersebut sekurang-kurangnya dapat dinaikkan kepada 80%.

3. Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi

Sebanyak jumlah 100 buah sekolah akan dikenal pasti agar dapat diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi sebagai projek perintis dan sekolah-sekolah ini terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh.

Bagi memacu lagi pencapaian pelajar itu sendiri dalam pembelajaran, kerajaan akan mewujudkan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk mereka serta dapat menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta.

Segala usaha ini akan dilakukan dalam tempoh tiga tahun sebelum penamatnya tahun 2012.

4. Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah

Kepimpinan sekolah pada peringkat rendah dan menengah seharusnya menyedari bahawa mereka merupakan peneraju tapak semaian modal insan nasional bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan.

Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan ingin membuat tawaran new deal atau satu Bai'ah baharu terhadap semua pengetua dan guru besar sekolah dengan menjanjikan ganjaran menngikut tahap pencapaian sekolah tersebut.

SAPS NKRA DAN LINUS NKRA

SAPS NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Untuk pengetahuan anda, singkatan SAPS membawa maksud kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah manakala NKRA pula singkatan bagi National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negara).

Sistem yang diberikan nama sebagai Sistem SAPS Ibu Bapa ini mempunyai fungsi untuk membantu dan memudahkan golongan ibu bapa untuk melakukan pemantauan prestasi pendidikan anak-anak mereka sendiri di sekolah menerusi keputusan peperiksaan.

Ini merangkumi sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

SAPS ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1. SAPS Guru

Tekan di sini untuk login ke dalam sistem --> Saps Guru

2. SAPS Ibu Bapa Sekolah Rendah & SAPS Ibu Bapa Sekolah Menengah

Tekan di sini untuk login ke dalam sistem --> SAPS Ibu Bapa Sekolah Rendah & SAPS Ibu Bapa Sekolah Menengah

Perbezaan SAPS Guru dan SAPS Ibu Bapa?

SAPS Guru berfungsi sebagai satu aplikasi atau pun sistem khas bagi guru-guru untuk memasukkan kesemua data markah peperiksaan murid-murid.

SAPS Ibu Bapa pula merupakan tempat bagi ibu bapa untuk memantau keputusan pemeriksaan anak-anak mereka di mana data-data tersebut telah diisi dan dilengkapkan oleh guru beserta ulasan keputusan peperiksaan mereka.

LINUS NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

LINUS diwujudkan bertujuan untuk memastikan semua murid Tahun 1 pada tahun 2010 telah berjaya menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelangnya tahun 2011 mengikut bidang keberhasilan ini di bawah sektor pendidikan.

Program LINUS ini juga sebenarnya merupakan program penambahbaikan bagi program sedia asal iaitu (KIA2M).

Tahukah anda bahawa LINUS mempunyai maksudnya yang tersendiri iaitu :


LI + NU +S = LINUS

LI (Literasi) - Lebih kepada bahasa

NU (Numerasi) - Lebih kepada nombor atau pengiraan

S (Secreening) - Saringan

Kesimpulannya, LINUS bermaksud Program Saringan Literasi dan Numerasi sementara LINUS NKRA bermaksud Program Saringan Literasi dan Numerasi untuk mencapai target NKRA yang sudah ditetapkan.

Terima kasih kerana membaca segala maklumat dan informasi yang disediakan ini serta menggunakan sistem NKRA KPM ini.

0 comment... add one now