Sistem ePangkat KPM

Sistem ePangkat ok? Tahukah anda bahawa sistem yang dinamakan sebagai ePangkat ini sebenarnya telah lama wujud. Akan tetapi, mungkin ramai yang tidak tahu langsung mengenai sistem ePangkat kerana tidak bersikap cakna atau pun tidak ambil tahu tentang kewujudannya.

Untuk pengetahuan anda, tujuan sistem ePangkat KPM diwujudkan sebenarnya adalah untuk menguruskan hal-hal mengenai kenaikan pangkat para guru. Selain itu, dengan adanya sistem ePangkat, sebarang keciciran atau kesalahan dapat dielakkan selain dapat memudahkan lagi urusan masing-masing.

Sebelum ini, sistem ePangkat buat kali pertamanya telah berada di atas talian sejak 21 Ogos 2008. Sistem ini dilihat dapat mengelakkan kelemahan dalam pengurusan pangkat. Sebagai contoh, hal-hal yang berkaitan dengan kelewatan memproses urusan dan kelewatan mendapat kenaikan pangkat.

Bukan itu sahaja, imej KPM sendiri akan terjejas apabila terdapat masalah berkaitan dengan pertindihan urusan dalam pengesyoran dan proses kenaikan pangkat.

Pelbagai isu yang timbul sebelum ini seperti maklumat tidak lengkap, data yang dibekalkan tidak tepat, terdapat sesetengah data yang disediakan tidak dikemaskini dan macam-macam lagi sehingga menyebabkan segelintir guru tidak dinaikkan pangkat.

Disebabkan situasi yang tidak sistematik ini yang menyebabkan banyak pihak menghadapi kerugian. Oleh sebab itulah, satu sistem hebat ini yang dipanggil sebagai ePangkat dicetuskan untuk memudahkan lagi urusan ramai pihak.

Login ePangkat KPM di sini --> KLIK DISINI

Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada anda yang berjaya!




Fungsi Utama ePangkat KPM:


1. Membuat proses pemangkuan

2. Menyelesaikan semua masalah-masalah isu kelewatan serta pertindihan urusan berkaitan kenaikan pangkat.

3. Melakukan urusan kenaikan pangkat

4. Memberikan penempatan pemangkuan

5. Menguruskan masalah yang berkaitan dengan pertukaran jawatan

6. Membuat pemantauan dan membuat kemaskini semua data kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


Objektif e-Pangkat KPM:


1. Menyediakan sebuah sistem maklumat kenaikan pangkat yang lebih kemas dan fleksibel agar memenuhi keperluan warga KPM dan stakeholders.

2. Memupuk sifat bertanggungjawab bagi membuat sebarang kemaskini serta melengkapkan semua data naik pangkat daripada setiap peringkat.

3. Membudayakan sistem kerja semua urusan naik pangkat yang sistematik dengan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi.

4. Mengautomasikan segala proses dan operasi mengenai urusan pemangkuan, penempatan pemangkuan dan pertukaran jawatan kenaikan pangkat.

5. Membolehkan perancangan urusan pemangkuan, penempatan pemangkuan, kenaikan pangkat serta pertukaran jawatan kenaikan pangkat dilakukan dengan lebih cepat lagi tepat pada waktunya.



Kepada yang mempunyai sebarang pertanyaan mahupun mengalami masalah berkaitan dengan ePangkat anda, boleh dialamatkan kepada alamat berikut:

Cawangan Naik Pangkat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, Blok E12 Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutusan, 62604 Putrajaya.

Tel : 03-8884 7963 / 7863 / 7816

Email : cnp@moe.gov.my

Terima kasih kerana menggunakan sistem ePangkat ini.

Semoga maklumat yang kami sediakan ini dapat sedikit sebanyak memudahkan urusan anda.

0 comment... add one now