SPLG Login Melalui SPLKPM

SPLG Login Melalui SPLKPM okay? SPLG atau dalam erti kata lain membawa maksud Sistem Pengurusan Latihan Guru di mana ia merupakan satu sistem penting yang membolehkan pengguna untuk mengakses melalui portal SPLKPM (Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia).


SPLG mempunyai perbezaannya sendiri berbanding dengan Sistem Pengurusan Sekolah di bawah Modul Pengurusan Guru (eOperasi). Hai ini dapat dilihat kepada skop bidang yang SPLG fokuskan iaitu kepada latihan yang diterima oleh guru. Sebagai contoh, kursus, PLC, bimbingan dan pementoran, ulasan buku, lawatan kerja, bengkel, seminar atau kolokium, kajian tindakan dan penyelidikan, portal e-guru, perkongsian ilmu serta pemulisan dan penerbitan.



Untuk maklumat anda, e SPLG online diwujudkan adalah bagi mengumpulkan maklumat kepakaran pegawai perkhidmatan pendidikan di seluruh Malaysia.





Tambahan pula, pihak Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau pun dipanggil sebagai Ministry of Education (MOE) dapat menggunakan data kepakaran khasnya untuk melakukukan dan memperkasakan perancangan latihan pada waktu akan datang.


Selain itu, modul e-profile SPLG ialah sebahagian daripada modul utama dalam Sistem Pengurusan Latihan Guru Login.


Bagi kumpulan guru, data asas SPLG e-Profile diakses terus daripada sumber EMIS.


Bagi kumpulan pegawai-pegawai yang terdapat dalam bahagian dan jabatan pula, segala data asas mereka kini masih lagi menggunakan data asas tersebut.



Pegawai data / SULDP dalam bahagian dan jabatan masing-masing yang bertanggungjawab menyelenggara data asas ini.


Untuk membolehkan segala data dan maklumat yang diperoleh daripada sumber yang sama, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sedang giat berusaha cuba untuk menyelaraskan maklumat dan data itu dengan pangkalan data hrmis.

Cara Login:

Berikut kami sediakan panduan yang ringkas mengenai penggunaan Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) untuk anda membuat kemaskini e SPLG KPM Online.


1. Login masuk ke dalam SPLG Online dengan klik link ini --> https://splkpm.moe.gov.my/


2. Klik pada ikon modul Individu e-profile.


3. Masukkan nombor kad pengenalan anda disertai dengan kata laluan (password). Pastikan password yang anda masukkan merupakan 4 digit kad pengenalan anda. Kemudian, setelah anda berjaya login masuk ke dalam modul individu tersebut, sila tukarkan semula kata laluan anda tadi. Akhir sekali, anda boleh terus tekan butan LOGIN.


3. Setelah anda berjaya login, anda dapat melihat paparan dan rupa bentuk laman portal SPLG KPM individu yang anda inginkan pada skrin komputer .


4. Dengan wujudnya pengenalan Modul PPB ini, guru-guru dapat terus membuat semakan kursus-kursus yang telah mereka hadiri sebelum ini melalui MODUL SULDP kerana ia hanay akan dimasukkan oleh pihak penganjur sahaja.


Di samping itu, terdapat beberapa bahagian data e-Profile yang perlu dikemaskini. Caranya adalah klik pada bahagian yang berkaitan dan isi maklumat yang diminta. Setelah itu, klik perkataan 'HANTAR'.


Masih samar-samar dengan penerangan di atas?


Lihat cara-cara yang lebih jelas di bawah ini bagi memudahkan anda untuk mengemas kini data e SPLG.



































Semoga semua penerangan di atas dapat membantu anda untuk membuat kemaskini e SPLG KPM Online dengan lebih mudah dan cepat. Terima kasih.



0 comment... add one now